Thursday, January 6, 2011

Setelah sekian lama menyepi...

Daku kembali. Maaf jika diriku tak rajin. Realitinya, aku amat malas untuk mengupdate blog ini. Tulis diari pun 'baluq'..apatah lagi menulis blog. Apa-apa pun, daku akan cuba sedaya upaya untuk merajinkan diri mengupdate blog ini. Rakan-rakan, sokonglah daku.

Menanti tibanya tika dan saat untuk mendapat sesuatu yang ditunggu-tunggu segenap warga guru pelatih di seluruh Malaysia...iaitu...ELAUN. Bersabarlah sahabat-sahabatku, saatnya pasti tiba jua. Takkan lari BSN dikejar..

Tuesday, July 28, 2009

Syukur...

Aku rasa bersyukur sangat dapat hidup di dalam negara yang aman damai ni. Walaupun masih terdapat lagi sebilangan kecil kes2 yang terpampang di dada akhbar setiap hari, tapi at least kita boleh lagi baca akhbar tu dengan aman. Kat luar sana tu lagi berlambak lagi kes2 yang menyedihkan kita. Peranglah, rusuhanlah, macam2 lagilah...seram sejuk aku dengar. Huhuhu..

Kita dah 52 tahun merdeka...sedar tak sedar. Istilah "merdeka" nih bukan aje maksud kita bebas daripada belenggu penjajahan dalam pentadbiran, tapi sebenarnya "merdeka" yang sebenar bermakna kita bebas dari sebarang pengaruh negatif dan dakyah2 menyesatkan daripada barat..diorang ni bawak lebih banyak mudarat daripada kebaikan. So kawan2, toksahla dok ikut sangat diorang tu...kalau yang elok2 korang ambiklah, yang negatif toksahla dok ikut...bak kata brader Nabil, "LU PIKIRLAHH SENDIRI!!!!!" hehehe

Oklah, alang2 aku berceramah nih, aku selitkan sekali video nih, diharap korang hormatilah kandungan video ni dan buatlah apa yang patut korang buat, jangan duk buat derkk pulak.
Wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Fuh....setelah lama aku bergelumang dengan dunia maya nie...baru hari nie aku buat blog aku..bukan ape aku jarang2 dapat online..aku manelaa ade broadband..so bila ada kelapangan barula aku berkunjung ke lokasi berinternet...itu pun kalau dapat...hehehe.

Aku pun sebenarnya tak tau nak tulis apa dalam blog nih..so bila2 aku ada post korang bacalah ye...ala bukan ade ape sangat pun...hehehe.

Ape2pun trimas sebab sudi berkunjung ke laman blog aku nie...